Setakat aku hidup hari ni, aku tak pernah lagi jejak kaki ke Sabah. Teringin, tapi tunggu lah kalau bajet ada, baru lah pergi. Sekarang ni kena pentingkan apa yang penting dulu. Melancong ke sabah ni tak berapa penting sangat. Cakap pasal Sabah, aku selalu rasa seronok nak berpuasa dekat sabah sebab waktu berbuka dia awal gila dari Semenanjung. Padahal, aku lupa, waktu imsak dia lagiiii lah awal. Nah, aku share dengan korang jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Sabah 2016.
Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016
Cuba tengok jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Sabah 2016 dekat bawah ni. Semua tempat awal lebih kurang sejam daripada Semenanjung kan?
Zon 1: Bahagian sandakan (Timur) Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam.
Zon 2: Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamat, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah.
Zon 3: Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu.
Zon 4: Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan.
Zon 5: Bahagian Kudat, Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat.
Zon 6: Gunung Kinabalu (Ketinggian 4101m)
Zon 7: Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamapruli, Penampang, Kotan Kinabalu, Patutan dan Papar.
Zon 8: Bahagian Pendalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau.
Zon 9: Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang.
Selamat berpuasa semuanya yang duduk dekat Sabah. jangan lupa bookmark dan share jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Sabah 2016 ni. Senang nak tengok bila dah masuk bulan Ramadan nanti.