Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat - Touch N' Go, Boost Dan GrabPay | Dalam perbentangan belanjawan 2020 yang lepas, kerajaan ada sediakan bajet sebanyak RM450 juta untuk insentif eTunai Rakyat.
eTunai Rakyat ini adalah satu inisiatif kerajaan supaya orang Malaysia kita ni mula menggunakan eWallet dalam transaksi harian. Maksudnya lepas ni Malaysia akan go cashless.
Untuk merealisasikan Malaysia Goes Cashless ni, kerajaan akan bagi RM30 secara one off ke dalam ewallet rakyat. Permohonan untuk tebus eTunai Rakyat ini akan bermula pada 15 Januari 2020.
Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat - Touch N' Go, Boost Dan GrabPay
Hanya ada tiga penyedia eWallet yang terlibat dalam program ini iaitu Touch N' Go, Boost Dan GrabPay. Bagi yang masih belum ada salah satu antara ketiga-tiga eWallet ini, dah boleh dah nak mula pakai.
Dalam entri kali ini Fadzi nak kongsikan cara untuk daftar dan tebus RM30 eTunai Rakyat melalui ketiga-tiga eWallet yang terlibat.
1. Touch N' Go
- Muat turun aplikasi Touch’nGo eWallet
- Sahkan atau verity akaun Tonch’nGo eWallet
- Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020
2. Boost
- Muat turun aplikasi Boost
- Daftar untuk akaun
- Naik taraf ke Premium Wallet & sahkan
- Nikmati RM5 dengan perbelanjaan RM10 seterusnya melalui aplikasi Boost
- Klik pada inisiatif e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 di laman utama aplikasi Boost
3. GrabPay
- Muat turun applikasi Grab
- Aktifkan GrabPay
- Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
- Ambil gambar kad pengenalan
- Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
- Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020
Syarat-Syarat Layak Dapat RM30 eTunai Rakyat
Semua orang kalau boleh nak kan insentif ni kan. Tapiiiii, untuk menerima insentif ni, korang kena cukup syarat-syarat dia dulu. Syarat layak dapat eTunai Rakyat ini adalah:
1) Warganegara Malaysia dengan kad pengenalan.
2) Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020.
3) Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun.
Kelayakan disahkan melalui data Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Menebus eTunai Rakyat
Sebelum korang tebus eTunai Rakyat ini, korang kena ambil tahu beberapa perkara dulu.
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan untuk inisiatif ini mulai 15 JAN 2020.
- Inisiatif ini akan tamat pada 14 MAC 2020. Hanya boleh digunakan sehingga 14 MAC 2020 dan kemudian luput. Segala baki yang tidak digunakan selepas 14 MAC 2020 akan luput dan tidak boleh digunakan lagi.
- Tidak boleh dipindahmilik kepada mana-mana pengguna lain.
- Setiap individu yang layak hanya boleh menerima e-Tunai Rakyat berjumlah RM30 daripada satu aplikasi e-Dompet sahaja. Oleh itu, permohonan menerusi aplikasi e-Dompet lain akan ditolak selepas permohonan telah diterima oleh satu aplikasi e-Dompet.
Fadzi sebenarnya setuju je nak go cashless sekarang ni. Tak kisahlah nak pakai apps apa asalkan go cashless. Senang nak buat payment. Cepat pun cepat. Selamat juga.
Setakat ni Fadzi ada GrabPay saja. Zul pula ada Touch N' Go eWallet dan Boost. BigPay pun Zul ada. Kalau korang nak register BigPay, boleh guna kod UHGJCYSZT4. nanti korang akan dapat RM10 free saje.
So far, semua macam ok lagi sebab awal-awal nak promosikan penggunaan eWallet mesti semua eWallet provider bagi promosi best best supaya orang boleh register bawah diaorang. So korang pilih lah mana yang korang rasakan akan bagi banyak benefit untuk korang.