Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

$
0
0
Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital | Hari semalam Fadzi ada appointment check up pregnancy kedua di Avisena Specialist Hospital pada minggu ke 36. 

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Disebabkan sekarang ni Fadzi dah kena check up setiap minggu, jadi Fadzi buat appointment bergilir seminggu di Klinik Kesihatan dan seminggu lagi dekat Avisena Specialist Hospital. Tujuannya lebih kepada nak jimat duit sebab check up dekat Avisena tu mahal.

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Sebenarnya check up Fadzi hari ni 19 September tapi Doktor Mazita minta tukar 18 September. Fadzi okay je lagipun Aneeq pun ada check up 3 tahun 6 bulan dia dekat Klinik Kesihatan. Zul lah yang bawak Aneeq check up dekat Klinik Kesihatan hari semalam. Zul pun setiap kali ada check up Fadzi, dia memang akan mabil cuti half day untuk jaga Aneeq.

Appointment Fadzi start pukul 9.30 pagi. Fadzi pergi dalam 9.15 pagi. Waktu tu Doktor Mazita tak ada dekat klinik sebab tengah attend orang bersalin. Jadi, lepas register, nurse timbang berat, periksa tekanan darah dan minta Fadzi untuk buat ujian air kencing guna urine strip. 

Urine strip

Macam check up first tu jugak lah. Hari ni Fadzi sempat tangkap gambar urine strip sebelum guna untuk tunjuk dekat korang, macam mana bentuk urine strip tu. Memang memudahkan kalau pakai urine strip ni berbanding kencing dalam cawan macam dekat Klinik Kesihatan tu.

Lepas setel semua ujian, nurse minta Fadzi pergi breakfast dulu sebab Doktor Mazita tak datang lagi. Sebab Fadzi dah breakfast semua, Fadzi lepak je dekat klinik tu sambil main phone. 

Sambil-sambil tunggu tu, ada orang daripada Abbot Nutrition datang untuk bagi lebih kurang macam taklimat/ilmu pasal pemakanan semasa mengandung dan menyusu. Banyak lah borak. Fadzi layan kan aja.

Tak lama lepas tu, Doktor Mazita pun sampai masuk bilik. Nurse pun bagi nombor dekat Fadzi. Turn Fadzi nombor 5 jadi tunggu lah sekejap. Tak lama pun setiap orang yang masuk tu. Dalam 15 minit seorang. 

Bila turn Fadzi, Fadzi pun masuk. Macam biasa Doktor Mazita bagi salam dan hulur tangan untuk bersalam. Borak-borak tanya khabar sikit. Lepas tu, scan baby. Dalam scan tu, dah nampak kepala baby dekat bawah tapi masih belum engaged lah.

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital
Saja nak cakap, toilet dekat sini besar, luas, bersih dan selesa. Ada je orang datang cuci kejap kejap. Kering pun kering. Selesa lah.

Fadzi ada mengadu jugak lately asyik sakit bahagian peha dan celah kangkang. Doktor kata sebab kepala baby dah dekat bawah, sebab tu rasa sakit macam tu. Setiap kali Fadzi nak bangaun dari duduk atau baring mesti sakit celah peha tu. Kalau nak berdiri pun, tak selesa jugak sebab baby menekan. So, redha jelah dalam beberapa minggu lagi ni.

Oh ye, kali ni check up, Doktor Mazita ambil sample di bahagian bawah untuk check sama ada kuman atau bakteria. Kalau ada, doktor akan bagi rawatan dulu sebelum bersalin supaya tak terjangkit pada baby. Kalau tak ada apa-apa, tak perlu risau lah.

Dari chcek up 2 minggu sebelum ni lagi Doktor Mazita dah cakap untuk minggu ke 36, akan ambil sample di bahagian bawah untuk check ada jangkitan apa-apa atau tidak. So, memang Fadzi dah ready awal-awal dah.

Yang Fadzi suka tentang Doktor Mazita dan nurse di Avisena Specialist Hospital ni, diaorang akan bagitau dulu apa yang diaorang akan buat. Diaorang akan sebut "Maaf Puan, kami nak buat itu ini.."

By right, tu prosedur yang betul lah kan. Tapi Fadzi ada je pengalaman nurse pakai buat je tanpa bagitau apa yang dieorang nak buat. Terkejut lah kita kan, tetiba je dah buat itu ini. Kita tak ready apa-apa. Tapi dekat sini okay. Semua benda diaorang nak start, diaorang akan inform dulu. So, kita boleh ready je lah.

Part ambil sample tu, tak sakit pun. Doktor sapu sikit je. Lepas tu tak ada rasa apa-apa pun. Dah selesai. Result untuk sample tu Doktor Mazita cakap akan dapat dalam masa seminggu. Jadi next appointment boleh tahulah apa keputusannya.

Lepas Doktor Mazita explain sikit itu ini, Fadzi pun tanya sikit soalan, Fadzi pun keluar dari bilik Doktor Mazita. Nurse pun panggil untuk buat appointment next checkup pada 2 Oktober. Itu pun kalau Fadzi tak terberanak lagi lah. Hehehe.

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Masa bagi tarikh appointment tu, nurse ada minta Fadzi tinggalkan nama, nombor telefon dan tanda tangan. Fadzi ingatkan kenapa lah kan. Rupanya diaorang ada bagi free gift beg pack. Dalam bag pack tu ada lah beberapa sample barang untuk baby dan mak pregnant.

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Antara barang yang ada dalam bag pack free gift tu adalah diaper new born brand Merries 2x2 packs. Diapers new born brand Goon 2x2 packs. 2 sachet susu ibu mengandung brand Similac. Buku The Secret to Parenthood. Magazine Parenthood. Dan bag pack tu daripada Similac. 

Zul beria kata beg tu cantik. Material beg tu pun boleh tahan. Jenis waterproof tapi tekstur macam velvet sikit. Ada 3 poket belah depan satu dan dua dekat belah kiri dan kanan. Poket belah kiri dan kanan tu siap insulated lagi. Jadi kalau nak letak air panas pun, tahan lah jugak. 

Pregnancy Check Up Kedua Di Avisena Specialist Hospital

Bila dah ambil free gift tu, Fadzi say thank you dekat nurse dan gerak ke kaunter GL Processing untuk buat pembayaran. Fuh, check up kali ni agak mahal lebih dari kali pertama tu sebab ada tambahan ambil sample tadi.

Total pembayaran check up kedua ini termasuk admin fee, test, disposable items (untuk ambil sample), laboratory charges (untuk result sample), nursing services, consultation dan procedure fee (untuk ambil sample) adalah RM309.15. Pengsannnn.

Harap-harap minggu depan, baby dah boleh keluar dah lah sebab dah cukup 37 minggu. Hahaha. Dah cukup bulan dah tu. Dan dah boleh kurangkan appointment jumpa doktor. Haih Fadzi dah tak lama dah nak bersalin ni korang. Doakan Fadzi ye.

Korang boleh baca jugak:

  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles