Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

$
0
0
Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster | Anak korang jenis macam anak Fadzi tak? Even lepas mandi pun, main sekejap dah berpeluh satu badan termasuklah rambut dia. Aneeq ni dah lah sejenis rambut tebal. Kalau berpeluh memang cepat berbau.

Selama ni Fadzi duk mencari jugak shampoo yang boleh tahan lama. Banyak dah cuba tapi sama jugak baunya. Bila dapat tau Carrie Junior ada keluarkan shampoo baru, terus Fadzi nak cuba.  

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Fadzi baru tau yang Carrie Junior ada keluarkan shampoo baru namanya Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster. Katanya bau dia boleh tahan sampai 24 jam. 

Shampoo ni dirumus khas untuk kanak-kanak sebab kulit kepala dan rambut kanak-kanak kan halus dan sangat sensitif. Nak nak pulak Aneeq ni jenis main sampai berpeluh dan rambut berbau peluh. Shampoo ni selamat untuk digunakan setiap hari sebab ianya ada pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. . 

Bau Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Kalau korang bau Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni mesti korang rasa best sangat. Bau Perky Peach Fruity Burst sangat sedap sampai Fadzi sendiri sorok-sorok pakai shampoo ni hahahha.

Yang lagi best, ada satu hari tu, Fadzi dengan suami duk tengah mandikan Aneeq. Lepas tu suami Fadzi kata bau shampoo baru Aneeq ni wangi sampai dia rasa nak gigit-gigit kepala Aneeq. Amboi sangat kan?

Fadzi baru je dalam 2 minggu pakai kan shampoo ni untuk Aneeq. Dan Fadzi suka shampoo ni sebab bau dia lama. Kalau sebelum ni, Aneeq mandi lepas tu dia main lari-lari, memang terus berbau rambut dia dengan bau peluh. Sekarang ni, Fadzi tak perasan langsung bau busuk peluh dekat kepala dia.  

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Tekstur Dan Warna Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Tekstur Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni sama je dengan produk dia yang lain. Tak terlalu cair dan licin. Pam sekali je dah cukup untuk satu kepala. Tak payah pam banyak-banyak kali. Boleh jimat sikit.

Warna shampoo ni pulak oren kuning cair. Cantik jugak lah warna dia. Dan dan, bila lepas mandikan Aneeq guna shampoo ni, bau wangi Perky Peach melekat dekat tangan Fadzi. Lama juga. Sedap bau.    

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Harga Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni datang dalam dua saiz iaitu:

  • 280g    RM10.10 (Semenanjung)    RM10.60 (Sabah & Sarawak)
  • 700g    RM20.70 (Semenanjung)   RM21.70 (Sabah & Sarawak)


Kalau korang nak beli Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni atau produk-produk Carrie Junior yang lain, korang boleh cari dekat kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Fadzi kalau nak senang memang cari dekat Giant je. Sebab Fadzi memang kalau pergi beli barang dekat Giant je.

Since Aneeq baru 3 tahun, dia tak kisah pun bau apa sabun dan shampoo dia. Asalkan bersabun dan bershampoo, dah kan. Mak bapak dia lah yang concern pasal bau tahan lama ke tak, bau sedap ke tak.

Tapi so far, Fadzi dengan suami memang suka dengan bau wangi Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster dan paling seronok bila bau dia memang tahan lama. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles